Dilatih semula adalah lebih baik daripada tiada kerja

Latihan semula bagi graduan pendidikan
Oleh Azrina Ahzan
Mekanisme dirangka atasi kekurangan guru opsyen kritikalPUTRAJAYA:
Kementerian Pelajaran bersetuju melatih semula graduan pendidikan bukan opsyen kritikal yang masih menganggur, termasuk bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar), berkata Bahagian Pendidikan Guru sedang merangka mekanisme latihan yang dijangka mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan.“Mekanisme itu akan ditetapkan dalam mesyuarat pada 12 hingga 14 Jun ini termasuk menentukan jumlah guru yang diperlukan sekolah yang masih kekurangan guru dalam opsyen kritikal, terutama di luar bandar,” katanya.Bagi sekolah rendah, opsyen kritikal ialah Pengajian Media, Bimbingan dan Kaunseling, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris (BI), Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pemulihan serta Pendidikan Khas Integrasi.Opsyen kritikal bagi sekolah menengah pula ialah Matematik Tambahan, BI, Malaysian Universities English Test (Tingkatan Enam), Geografi, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni serta Kemahiran Hidup (Teknikal).Pada sidang medianya di sini semalam, Hishammuddin berkata, latihan semula untuk graduan bukan opsyen kritikal itu akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru di seluruh negara.Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberi jaminan kerajaan akan mencari jalan penyelesaian berhubung masalah guru lepasan ijazah yang masih menganggur.
Sehubungan itu, Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran akan mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan bagi memastikan tenaga graduan itu tidak dipersiakan.Mengulas masalah sekumpulan graduan UPSI yang masih tidak ditempatkan ke sekolah, Hishammuddin berkata, Biro Pendidikan Pemuda Umno diminta berunding dengan pengurusan UPSI untuk menyelesaikannya.Dalam pada itu, graduan pendidikan yang bersedia mengajar di pedalaman Sabah dan Sarawak diberi masa hingga Rabu ini untuk melapor diri di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran.“Graduan yang sudah mendaftar di Bahagian Sekolah akan dipanggil untuk temu duga dan penempatan mereka di sekolah terbabit akan dilakukan selewat-lewatnya awal bulan depan,” katanya.Katanya, graduan yang layak boleh menghubungi talian 03-88849380 (Bahagian Sekolah) atau 03-88846014 (pejabat Menteri Pelajaran) atau emel ke raz@bs.moe.gov.my.
Sumber: Berita Harian Online
----------------------------------------------
Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan memastikan para graduan yang dilahirkan mempunyai peluang membina kerjaya masing-masing. Tidak kira samada mengisi ruang dalam sektor kerajaan atau swasta atau dibantu mewujudkan kerjaya mereka sendiri.
Adalah penting juga para graduan mampu membayar semula pinjaman pendidikan (PTPTN) yang telah mereka terima.
Kita tidak mahu mendengar para graduan dipersalahkan kerana memilih perkerjaan dan tempat kerja atau enggan ke luar bandar, sedangkan mereka tidak pernah ditawarkan sebarang perkerjaan.

